Wednesday, July 1, 2020

PEMBUKAAN SEMULA PRASEKOLAH PKPP PADA 01 JULAI 2020





01.07.2020 Assalamualaikum dan Selamat pagi . Selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid Prasekolah SK Sawah Ring setelah selama beberapa bulan bercuti kerana wabak penyakit berjangkit COVID-19 yang melanda di seluruh dunia ketika ini. Alhamdulillah hari yang indah anak-anak pun semua tenang dan semangat dengan norma baharu di sekolah. Tahniah kepada semua ibu bapa, murid-murid dan semua warga sekolah . Moga berterusan mengikut SOP yang diberikan. Tahniah kepada anak-anak Prasekolah yang hadir pada hari ini.

Tuesday, May 15, 2012

PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2012 OLEH KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Untuk makluman semua Perutusan Hari Guru 2012 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg Dato Sri Abd Ghafar Bin Mahmud boleh dimuat turun melalui laman web/portal KPM atau dipautan berikut:-

Perutusan Hari Guru Tahun 2012 oleh KPPM 

MAJLIS KENANG JASA GURU BESAR - EN SALAN BIN HJ. ALI (10 Mei 2012)


                                       "bertemu dan berpisah adat manusia biasa..


hilang di mata tapi di hati tidak lupa..


berdoalah kita agar aman dan sentosa..

semoga dapat kita berjumpa di lain masa..."


Majlis Kenang Jasa Guru Besar, En. Salan bin Hj. Ali telah diadakan pada 10.05.2012. Beliau telah bertukar ke SK Simpang Lima Pekan. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini bermula awal tahun 2000 sehingga Mei 2012. Perkhidmatan beliau selama 12 tahun 4 bulan ini banyak meninggalkan kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Antara tetamu yang hadir ialah YDP. PIBG En Mohamed bin Othman, Ketua Kampung Sawah Ring En. Hussin bin Mohammad, Imam Surau Sawah Ring, Tn Hj. Kasim bin Hj. Kastamab serta AJK-AJK PIBG SK Sawah Ring. Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan persembahan guru-guru dan kakitangan iaitu Kump. Band Sawah serta murid Tahun 3 Ibnu Sina.

Kepada En. Salan bin Hj Ali, Selamat Maju Jaya di sekolah baru. Ingat-ingatlah kami di sini.....

                                              Anak cina panjat pokok berangan,

Jauh di mata di hati jangan.

Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Tuesday, April 17, 2012

Selamat Datang En Ismail bin Aspan - Tahniah kepada En.Mohd Nasir bin Muhamad

Selamat datang dan tahniah kepada En Ismail bin Aspan yang bertukar dari SK Serom 3 ke SK Sawah Ring dan berkhidmat sebagai GPK (Ko-Kurikulum). Tahniah juga kepada En. Mohd Nasir bin Muhamad yang telah dinaikkan pangkat dari GPK (Ko-Kurikulum) ke GPK (Hem). Semoga beliau dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih cemerlang.

MAJLIS KENANG JASA - TN HJ. MOKTAR BIN MOHAMED DIAH


Satu majlis jasa mu di kenang telah di adakan pada 13 April 2012 untuk meraikan jasa perkhidmatan Tn Hj. Moktar bin Mohamad Diah di SK Sawah Ring yang berpindah ke SK Rawang sebagai Guru Penolong Kanan 1. Beliau telah berkhidmat di SK Sawah Ring selama 7 bulan. Walaupun beliau berkhidmat dalam masa yang singkat tetapi banyak perkara dan jasa beliau terhadap sekolah ini. Tahniah kepada beliau. Semoga beliau sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburi.







Thursday, April 5, 2012

ENGLISH TEST - 5 APRIL 2012

Pertandingan English Test telah berlangsung pada 5 April 2012 di SK Bukit Gambir. Pelajar kita telah memenangi Spelling tempat pertama iaitu adik Nur Irdina Sofia bt. Kamal Jauhari dan Public Speaking tempat ke-3 iaitu adik Nurhazirah Izzati bt. Abd Latif. Tahniah kepada pelajar dan guru pengiring kerana telah memenangi pertandingan tersebut.

CATUR MSSD LEDANG BAWAH 12 TAHUN - 2 & 3 APRIL 2012

Pertandingan Catur MSSD Ledang bawah 12 tahun telah berlangsung pada 2 & 3 April 2012 di SK Parit Bunga. Tahniah kepada pelajar dan guru kerana telah memenangi pertandingan tersebut. Johan keseluruhan Lelaki. Tempat ke-2 telah dimenangi oleh Mohd Yazid bin Zainal dan tempat ke-3 telah dimenangi oleh Ahmad Baihaqie bin Mohd Yusri.