Thursday, April 5, 2012

ENGLISH TEST - 5 APRIL 2012

Pertandingan English Test telah berlangsung pada 5 April 2012 di SK Bukit Gambir. Pelajar kita telah memenangi Spelling tempat pertama iaitu adik Nur Irdina Sofia bt. Kamal Jauhari dan Public Speaking tempat ke-3 iaitu adik Nurhazirah Izzati bt. Abd Latif. Tahniah kepada pelajar dan guru pengiring kerana telah memenangi pertandingan tersebut.

CATUR MSSD LEDANG BAWAH 12 TAHUN - 2 & 3 APRIL 2012

Pertandingan Catur MSSD Ledang bawah 12 tahun telah berlangsung pada 2 & 3 April 2012 di SK Parit Bunga. Tahniah kepada pelajar dan guru kerana telah memenangi pertandingan tersebut. Johan keseluruhan Lelaki. Tempat ke-2 telah dimenangi oleh Mohd Yazid bin Zainal dan tempat ke-3 telah dimenangi oleh Ahmad Baihaqie bin Mohd Yusri.

Monday, April 2, 2012

MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 - 30 MAC 2012, JUMAAT




Majlis Mesyuarat PIBG kali ke-36 SK Sawah Ring telah diadakan pada 30 Mac 2012, Jumaat. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB.IR.Hamim bin Samuri. pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya jualan amal PIBG, Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik UPSR 2011, cabutan bertuah dan persembahan pelajar.