Tuesday, March 13, 2012

PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH - 05 MAC 2012


Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah dengan tema 'Membaca Menjana Minda Bestari' telah di adakan pada 05 Mac 2012. NILAM bermaksud 'Nadi Ilmu Amalan Membaca' merupakan gabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan memberi pengiktirafan yang sesuai kepada setiap murid yang melaksanakannya. Program ini merupakan pendekatan terbaik dalam menyuburkan tabiat membaca dikalangan pelajar. Pengiktirafan NILAM kepada murid

MARKAH

PENGIKTIRAFAN

100 – 199 ( BUAH BUKU)

GANGSA

200 – 299

PERAK

300 – 399

EMAS

400 KE ATAS

NILAM

Monday, March 12, 2012

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H -Sabtu, 03 Mac 2012



Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H SK Sawah Ring telah diadakan pada 03 Mac 2012 bersamaan 10 Rabiul Akhir 1433 yang lepas. Pelbagai program telah diadakan antaranya Pertandingan mewarna, Ucapan Guru Besar, Bacaan Berzanji dan Selawat ke atas Nabi, Ceramah Maulidur Rasul, dan Jamuan. Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Ustaz Tn Hj Mohd. Amin bin Apah.