Sekolah ini telah di asaskan pada tahun 1948. Struktur bangunan yang dibina daripada tiang kayu bulat, berlantaikan tanah dan beratapkan rumbia berukuran 50x25 kaki. Sekolah ini diasakan oleh Allahyarham Tuan Hj Abu Bakar bin Abd Jalal, Allahyarham Kutik bin Othman, Allahyarham Tn Hj Saat bin Md Noor, Allahyarham Tn Hj Tahir bin Gendut dan Tn Hj Kastaman bin Hj Abdullah.
Pada tahun 1952, bangunan baru pula dibina oleh orang-orang kampung ini di atas tanah seluas 3A 0R 24P Lot 9308. Pembinaan ini dibiayai oleh Kerajaan dan diberi nama Sekolah Kebangsaan Sawah Ring Muar. Malangnya bangunan ini dilanda ribut pada pukul 4.30 petang 9hb Jun 1959. Bagaimana pun, tiada kemalangan jiwa berlaku.
Pada tahun yang sama, bangunan baru dibina di atas tapak yang sama yang telah roboh dengan saiz bangunan seluas 108x24kaki. Selain itu, dibina bangunan tambahaan seluas 40x 20kaki.
Pada tahun 1971, kerajaan membina satu lagi bangunan tiga bilik darjah dan pejabat Guru Besar seluas 10x24 kaki. Pada tahun 1975, bangunan JKR 1037 telah di cat dan bilik-bilik darjahnya telah dibuat sekatan oleh JKR. Bangunan yang dahulunya bilik Perpustakaan telah dijadikan Bilik Guru Besar dan Bilik Perpustakaan dipindahkan di bangunan JKR 1859.
Pada tahun 1978, Encik Law Kim Ley ADUN Tangkak telah memberi peruntukan Projek Kecil dan memperbaiki kemudahan sekolah. Pada tahun 1982, sekolah ini mendapat bangunan tiga tingkat yang dilengkapi dengan bilik-bilik darjah, bilik sumber pejabat dan bilik rawatan.
Pada tahun 1991, sebuah bangunan 2 bilik telah dibina untuk menempatkan kelas Pra Sekolah yang telah di wujudkan.
Pada 01.01.2002 bangunan JKR 1037, bangunan JKR 1859, Kantin dan Pra Sekolah telah dirobohkan keran pembinaan dua buah bangunan baru tiga tingkat dan empat tingkat. Projek ini menelan 3 juta lebih dan siap pada 01.09.2002. bangunan tersebut dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti 6 buah bilik darjah, bilik guru, bilik perkembangan staff, bilik gerakan, makmal komputer, surau, bilik pemulihan, bilik Operasi SPBT, bilik persalinan PJ Lelaki dan Perempuan, Bilik Muzik, Makmal Sains, Makmal Kemahiran Hidup, Kantin dan Perpustakaan. Bagaimanapun kelas Pra Sekolah tidak dapat di bina dan sekarang dalam perbincangan dengan unit pembangunan PPD Muar untuk mengubahsuai bilik darjah.
Pada tahun 2007 sebuah bilik Akses dibina dengan kelengkapan sepuluh buah komputer. sebuah lagi kelas prasekolah di buka pada awal tahun 2008 dengan bangunan baru. Pada tahun 2008 sebuah Dewan Terbuka dibina di bawah peruntukan YAB Menteri Pelajaran Susur ajah serta tempat menunggu murid-murid di luar kawasan sekolah juga dibina di bawah peruntukan YAB Menteri Besar. Sebuah lagi kelas Prasekolah dibina pada tahun 2008.
SEJARAH TOKOH YANG DI PILIH UNTUK NAMA SEKOLAH
Tiada nama tokoh yang di pilih untuk nama sekolah ini kerana ia hanya mengambil nama kampung di mana sekolah ini dibina.
VISI
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
MISI
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU MELALUI
PENDIDIKAN BERKUALITI
MATLAMAT
SKSR CEMERLANG DI DAERAH TANGKAK 2016
|
LENCANA SEKOLAH
PENGERTIAN
WARNA :
|
|
Melambangkan keharmonian,
persefahaman dan perpaduan
|
|
Meningkatkan kemajuan dan kejayaan
yang sentiasa cemerlang sepanjang masa
|
|
Semangat perjuangan mengisi wawasan
yang tidak luntur
|
|
PENGERTIAN
LOGO
|
|
OBOR
Melambangkan semangat dan harapan yang
sentiasa berkembang bagi pertumbuhan murid-murid cintakan pengetahuan yang
tidak mudah luntur.
LILITAN DI BATANG OBOR
Perpaduan yang erat di antara dua golongan
yang bekerjasama dengan sekolah iaitu PIBG dan sekolah.
DAUN KIRI KANAN
Melambangkan kesuburan padi dan tanaman
yang sentiasa menghijau segar sebagai sumber peningkatan ekonomi.
LINGKARAN DI BAHAGIAN BAWAH
Melambangkan prestasi sekolah dan kawasan
yang pesat membangun.
|
|
COGANKATA SEKOLAH
|
|
“USAHA AMAL JAYA
USAHA
Hidup mesti berusaha. Hasilnya banyak bergantung pada usaha yang telah di
ambil atau dilaksanakan. Dunia pendidikan dan menuntut ilmu melalui
berbagai-bagai proses, usaha dan kesabaran untuk mengikat maju. Usaha yang
tidak mengenal erti jemu akan membuahkan hasil yang diidamkan-idamkan.
AMAL
Ilmu yang bermuafakat akan dikembangkan untuk kebaikan insan melalui niat
dan amalan yang jujur serta ikhlas. Keberkesanan segala amalan yang banyak
bergantung pada niat. Dan, manusia yang berguna adalah mereka yang tawaduk
(Merendah Diri) terhadap Allah dan hidup menyemai bakti di kalangan ummah.
JAYA
Matlamat hidup setelah berusaha dan beramal adalah kejayaan. Melalui
usaha-usaha dan menghayati serta mempraktikkan ilmu pengetahuan dengan izin
Allah, InsyaAllah kejayaan pasti tercapai. Ada ketikanya kejayaan diraih atas
beberapa kegagalan. Allah sentiasa memberi kebaikan kepada hambanya yang
mensyukuri nikmatnya.
|
|
LAGU SEKOLAH
|
|
Sekolah Kebangsaan Sawah Ring,
Tempat Kami Menimba Ilmu,
Bersemangat Bak Padi Sedang Menguning,
Menuntut Tak Kenal Jemu,
Ibu Dan Bapa Kami Sanjungi,
Guru Kami Hormati,
Nusa Bangsa Agama diCintai,
Berdisplin Yang Sejati,
Keharmonian Bersefahaman,
Semangat Yang Terus Membara,
Tingkatkan Kemajuan Dan Kejayaan
Usaha Amal Jaya
|
SENARAI GURU BESAR
BIL |
NAMA GURU BESAR |
TAHUN BERKHIDMAT |
1 |
Tn. Hj. Abd
Jalil Bin Lasim PIS |
1948 - 1951 |
2 |
Tn. Hj. Ahmad
Bin Sulong |
1951 - 1952 |
3 |
Tn. Hj Abd
Samad Bin Leman |
1952 - 1953 |
4 |
Tn. Hj
Hkairan Bin Sujo |
1954 - 1954 |
5 |
En. Ahmad Bin
Ghani |
1954 - 1964 |
6 |
En.Md Zuli
Bin Adni |
1964 - 1966 |
7 |
Tn. Hj.
Jaafar Bin Hj. Idris |
1966 - 1980 |
8 |
En. Abd Rahim
@ Jalil Bin A. Latip |
1980 -1984 |
9 |
En. Sulaiman
Bin Bidin |
1984 - 1987 |
10 |
En. Mohamed
Bin Haron |
1987 - 1990 |
11 |
Tn. Hj Sapiee
@ Hamdan Bin Md Tap |
1991 -1993 |
12 |
En. Zakaria
Bin Othman |
1994 - 1996 |
13 |
Tn Hj. Yunos
Bin Ahmad |
1997 - 1997 |
14 |
Pn. Hjh
Fadzilah Binti Mohammad Yasin |
1997 - 1998 |
15 |
En. Tahir Bin
Mohd Taat |
1998 - 1999 |
16 |
En. Salan Bin
Hj. Ali |
2000 - 2013 |
17 |
En. Mohamad
Yunus Bin Suparman |
2013 - 2015 |
18 |
En. Abu Zaki
Bin Mahat |
2015-2016
|
19. |
Pn. Rosnah Binti Mohd Noh |
2016 - sekarang |
|
|
|
JUMLAH MURID TAHUN 2020
MELAYU |
JUMLAH |
|||||
TAHUN |
L |
P |
J |
L |
P |
J |
1 AL-GHAZALI |
14 |
08 |
22 |
14 |
08 |
22 |
1 AL-FARABI |
08 |
13 |
21 |
08 |
13 |
21 |
2 AL-GHAZALI |
14 |
9 |
23 |
14 |
9 |
23 |
2 AL-FARABI |
13
|
11 |
24 |
13 |
11 |
24 |
3 AL-GHAZALI |
13 |
11 |
24 |
13 |
11 |
24 |
3 AL-FARABI |
09 |
13 |
22 |
09 |
13 |
22 |
4 AL-GHAZALI |
09 |
13 |
22 |
09 |
13 |
22 |
4 AL-FARABI |
12 |
10 |
22 |
12 |
10 |
22 |
5 AL-GHAZALI |
12 |
12 |
24 |
12 |
12 |
24 |
5 AL-FARABI |
11 |
12 |
23 |
11 |
12 |
23 |
6 AL-GHAZALI |
12 |
13 |
25 |
12 |
13 |
25 |
JUMLAH |
130 |
131 |
261 |
130 |
131 |
261 |
|
|||||||||||||||||||||